santai-broadgate

BIAR SANTAI,ASAL BERILMIAH

COUNTDOWN!!

Assalamualaikum semua…

Semasa saya menulis blog ini, saya masih lagi marangkak di usia 19 tahun 364 hari 22 jam 48 minit 2 saat.Huh, kenapa saya namakan entri ni COUNTDOWN?? Ye la, kalau countdown je mesti org ingat nak sambut tahun baru, nak tengok bunga api, nak buat azam baru dan macam-macam lagila. Tapi, pernah tak kita terfikir, countdown menanti Malaikat Izrail datang membawa perintah Allah untuk mencabut nyawa? Countdown yang tiada siapa pun tahu melainkan Ya Rabbi. Countdown yang tiada siapa pun nantikan. Countdown yang tiada siapa pun sambut dengan bunga api. Tapi, countdown itu tetap ada.

Tapi sebenarnya countdown yang saya nak maksudkan kat entri ni adalah countdown untuk saya mencecah DUA PULUH TAHUN. Huh, dah ada angka dua dah kat depan umur saya nanti. Katakan jela yang saya ni poyo ke apa, tapi betul-betul rasa pelik semacam bila nak tinggalkan usia REMAJA ni.

Dah dekat dua dekad saya diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat-Nya di dunia ni, Alhamdulillah. Dia hidangkan saya dengan macam-macam keindahan, nikmat dan ujian. Paling penting Dia tak sudah-sudah simbahi saya dengan kasih-sayang-Nya yang tiada tandingan. Walau jahat sekali manapun, nakal sekali manapun, alpa sekali mana pun hamba ini kepada-Mu tetapi Kau tetap beri aku peluang untuk bernafas di mayapada ini. Kadang-kadang, bila terlalu gembira, kita lupa untuk bersyukur, dan Allah bagi ujian, untuk sedarkan kita yang dunia ni hanya sementara, kita berdoa dan bersyukur bila terlepas dari ujian, dan terasalah nikmat bersyukur tu. Begitulah kitaran hidup, tak lepas dari dosa, tak lepas dari nestapa, tak lepas dari noda. Apa-apa pun Dialah sebaik-baik tempat bergantung.

Cuma kepada sahabat-sahabat, sedarilah diri ini tidak sempurna. Minta maaf kalau selama ni ada buat silap atau terkasar bahasa atau tersakitkan hati. Bimbinglah diri ini di kala aku lemah dan kurang bersemangat. Sambutlah diri ini di kala aku tercicir dari landasan Islam. Sesungguhnya, aku masih belajar dan akan terus belajar tentang kehidupan.

Akhir kata, nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada semua yang lahir bulan Mac terutamanya Fatirul(11 Mac), Irina(17 Mac), Ros Alia(18 Mac) dan Elyani(20 Mac). Semoga kita terus teguh berpasak di jalan Allah,ameen…

Advertisements

March 17, 2009 - Posted by | Uncategorized

5 Comments »

  1. uihhh…semangat… no more teenAGERS ye izreena?

    Comment by cutidahdekat | March 18, 2009

  2. cutidahdekat:ceh mentang2la cti awai drp grup 1,huh tarak adil punya!!tula pasal, dh masuk geng2 tua mcm korang,kahkah=P

    Comment by santaibroadgate | March 18, 2009

  3. yela2 cik kak oiiii..

    HAPPY BIRTHDAY!!:)

    Comment by nadiahabdrazak | March 19, 2009

  4. HAPPY BIRTHDAY ELYANI.. [today is 20th Mar]

    Comment by aemintz | March 21, 2009

  5. happy birthday semua orang….

    Comment by horridge | March 24, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: