santai-broadgate

BIAR SANTAI,ASAL BERILMIAH

~~SAYA BUKAN~~

Saya bukan karyawan, saya tulis apa yang terlintas di hati….

 

Mungkin saya tidak pandai memilih kata-kata, tapi penggunaan “kalo”  tak bermakna saya tak percaya kepada takdir Allah swt. Saya akui penggunaan kalau memang tak sepatutnya sebagai orang Islam, ayah pun pernah pesan. Mungkin saya perlu tukar, “Ya Allah, aku berdoa pada mu agar pemimpin Islam di Malaysia, yang kebanyakkan nya Melayu, bersatu memikul tanggungjawab memimpin negara tercintaku ini. Semoga dengan ini mereka dapat bersatu memikul beban dakwahmu. Semoga dengan ini undi Melayu tak pecah di masa hadapan. Semoga Islam dapat ditegakkan di negara Malaysia. Semoga hak kami orang Melayu tidak diperlekehkan oleh bangsa lain.”

 

 

Saya bukan gila kuasa, saya pun bukan YB….

 

Saya tak pernah bertanding mana-mana pilihanraya.baik di sekolah,di kolej atau di univ. Saya tak faham, tak tahu perasaan mereka yang bertanding. Apalagi perasaan mereka yang kalah pilihanraya, atau terpaksa melucutkan jawatan. Tapi yang dah declare bubarkan DUN, tetiba taknak lepaskan jawatan bukan gila kuasa jugak ke? Atau yang tak sabar-sabar mendirikan kerajaan baru lagi gila jawatan? Saya cuma nak tahu, bersungguh nak pertahankan jawatan ni Dato Muhd Nizar ke, Anuar Ibrahim? Tuan empunya diri dah umum, tetiba esok lusa tang tang wajah Anuar buat sidang media nak pertahankan kerajaan…

 

 

Saya tak pernah jumpa raja, sebab melaka tak de raja…..

 

Sebab tu saya tak pernah derhaka dengan raja. Malah saya pun tak berapa faham prosedur pemilihan MB sesebuah negeri beraja. Tapi saya betul-betul (“hoooooooootoni” bahasa jepunnya) tak faham, kenapa Karpal Singh perlu wujud dicelah-celah kemulut raja, melayu dan MB Perak ini? Kenapa perlu dia? Dengar nama dia pun saya dah mula panas dalaman, apalagi dengar dia nak menamakan Raja Perak sebagai defendant pertama mencabar keputusan pemilihan MB baru di mahkamah..PANAS..PANAS..selamatlah ada salji,sejuk sikit..Sebab kan Karpal Singh ini lah, saya tak lagi hormat pada Pakatan Rakyat. Langsung tak hormat orang Melayu dan raja, boleh pulak tiadanya respon dari mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat. Setakat menafikan kenyataan lawyer terhebat itu, mengecewakan betul…

 

 

Saya orang MELAKA JATI, bukan orang kelantan, perak, selangor, kedah atau pinang…..

 

Orang selalu kata, melaka ini kubu kuat BN, tapi untuk pengetahuan, saya dan keluarga saya tak sokong mana-mana parti. Kami undi orang Melayu. Orang pun selalu kata, melaka ini macam negeri sembilan kalau letak lembu pun sebagai wakil, komfem parti tu gak yang menang…Tak tahulah betul ke tidak, kenalah cuba dulu kalau berani..Tapi saya betul-betul nak tahu, berbeza sangat ke pemerintahan BN dengan PR? Apa perubahan yang dah berlaku di kelima-lima negeri itu? Apa pula keburukan pemerintahan BN di negeri-negeri kami? Saya bahagia tinggal di bawah pemerintahan Ali Rustam. Mungkinkah disebabkan ini,saya yang 20 tahun tinggal di bawah lembayung kerajaan BN tak berapa jelas dalam melihat kepincangan pemerintah Ali Rustam( We love u,Ali Rustam) atau krew-krew BN di negeri-negeri lain (pemerintahan negeri sembilan boleh dipertikaikan secara jujurnya). Tak faham bila orang risau sangat-sangat BN ingin memerintah Perak. Kejam sangat ke pemerintahan sedia kala? Sungguh tak faham, sila lah sesiapa bukakan penglihatan dan pemahaman saya. Pembangunan ke yang salah? Ke rasuah,isu yang tak akan selesai? Ke hal minyak jugak yang perlu dibincangkan?

 

 

Saya ini bukan ahli politik, saya hanya pemerhati dari jauh…

 

Ilmu saya berkenaan politik tak banyak. Tapi saya betul-betul berharap, PAS dan UMNO akan bersatu (bukan PKR, mahupun DAP, MIC atau MCA)..Pak Syed( fasi kat Birm) kata UMNO nak perjuangkan melayu, El kata melayu kan ISLAM kenapa susah sangat nak bersatu ngn PAS. Pak Syed kata, ideology kedua-dua parti berbeza. Saya kata dalam hati, kalau betul- betul UMNO nak bantu melayu, kenapa masih nak fikirkan ttg ideology parti, terimalah hakikat bahawa tanggungjawab pemimpin adalah mensyiarkan ISLAM. Ada kepentingan mana-mana pihak ke? Nak jaga perasaan orang bukan Islam ke sampai taknak bersetuju dgn hukum Hudud? Kenapa kita pulak yang kena takut dgn mereka dalam membuat keputusan sedangkan kita Tuan Tanah Melayu a.k.a Malaysia? Hantar balik karang baru tahu..Sperti pendapat “MEREKA-MEREKA”, mmg ada kebenarannya, pemerintahan Malaysia hanya akan aman apabila berlandaskan ISLAM..

 

Saya mmg emosional, saya minta maaf….

 

Saya minta maaf jika terkasar bahasa, saya tulis apa yang terlintas di hati. Silalah sahabat-sahabat ajarkan dan jelaskan apa-apa yang saya tak tahu…

 

 

 

p/s: Kepada Medic first year juga second year, esok keluar result..~~GOOD LUCK!!~~

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

February 8, 2009 - Posted by | bebas

15 Comments »

  1. salam.
    masalahnya di sini bukan kerana rakyat takutkan pemerintahan BN. Soal yang utamanya sekarang, cara BN mengambil alih perak adalah terang2an salah. kita jangan cuma pandang isu di lapisan atas sahaja..perlu korek lagi dalam2…apa cara2 yang sepatutnya BN lakukan kalau memang pun diaorang memegang majoriti di perak sekarang? kenapa tidak mereka usulkan undi tak percaya ataupun bubarkan DUN dan biarkan rakyat memilih siapa pemimpin yang mereka mahukan? kenapa harus libatkan institusi beraja hingga menyebabkan rakyat memandang serong terhadap raja. siapa sebenarnya yang tidak hormatkan institusi beraja sebenarnya?
    mungkin kita semua patut membaca perutusan IR nizar dan nilai apa sikapnya terhadap institusi beraja.
    pembangunan itu sendiri tidak salah. apa yang salah ialah sekiranya pembangunan itu digunakan untuk mengaburi mata rakyat tentang isu2 utama yang lebih membimbangkan contohnya seperti kemelut rasuah. tidak ada gunanya andai pembangunan memberi kebaikan kepada mereka2 yang mendapat untung berjuta2 dari kontrak kerajaan sedangkan rakyat di peringkat bawahan masih di peringkat yang sama.
    mari kita sama2 berfikir secara rasional. emosi itu tak salah..yang salah kalau ianya tak diguna bersama akal.

    -sekadar renungan-

    Comment by fikir2 | February 9, 2009

  2. kehairanan sebentar…kenapa BN begitu beria2 nak mengambil alih perak sekarang sedangkan mereka boleh menunggu hingga april nnti untuk bersidang dan usulkan undi tak percaya terhadap nizar. mungkin cara yang lebih terpuji…

    Comment by mahukan kebenaran | February 9, 2009

  3. tahniah kepada awak kerana mahu mengambil tahu,dan mahu mencari kebenaran.sesungguhnya,kebenaran itu takkan tersingkap dan dijumpai jika kita tidak mahu berusaha,dan mencari.

    buat masa ini,akak nak ajak awak fikir tentang satu isu sahaja,yakni isu Perak sebab itu current isu yang hangat skrg di Malaysia.

    Logiknya disini:

    The party hoppers do not represent themselves but they are the representatives of the people. In the last election, these individuals were not elected solely on their individual merit. But the votes were mainly cast for the Pakatan Rakyat in rejecting the BN.

    Jadi,tindakan yang paling adil(for me) adalah dengan mengadakan pilihanraya kecil untuk Adun2 yang bermasalah ini dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa pemimpin yang mahu mereka pilih.Barulah Perak akan aman kembali.

    What will you do if amanah kamu dikhianati,dan hak kamu dicabuli?

    I do believe that bantahan ttg perlantikan MB Perak yang baru adalah kerana rakyat merasakan diri mereka dikhianati dan mahu menuntut hak dan mandat mereka kembali.Dan reaksi bantahan dan demonstrasi ini adalah reaksi normal untuk mereka yang merasakan diri mereka tertindas.

    The same situation is happen in Palestine.Rakyat memberontak kerana mereka rasa tertindas ,dan mahu suara mereka di dengar.Dan itulah yang mereka sedang lakukan sekarang..

    Kita perlu banyakkan membaca,bertanya,berdiskusi dan meneruskan pencarian lagi dari pelbagai sumber.Bukan sahaja sumber dari pihak kerajaan,namun perlu diselidik juga sumber dari pihak pembangkang dan aktivis2 sosial yang lain.eg:Abd Kadir Jasin,Haris Ibrahim,Rocky’s Bru,Penarik Beca,Harakah Daily,MalaysiaKini,Muhaimin Sulam,Ustaz Hasrizal,Ustaz Zaharuddin etc.

    Hope this helps.I wish you best of luck!:)
    Wslm wbt.

    Comment by intan nadia | February 9, 2009

  4. Wudhuk itu sunat dan solat itu wajib
    Wudhuk jadi wajib bila kita mahu laksana solat
    Tanpa wudhuk solat tidak sah

    Politik itu sunat dan perlaksaan syariat Islam itu wajib
    Tanpa kuasa politik perlaksanaan syariat Islam tidak akan terlaksana
    Jadi politik menjadi wajib kepada semua orang selagimana syariat Islam tidak tertegak di tanah airnya

    Manusia sehebat Sheikh Qaradhawi, Hassan Al Banna, Fathi Yakan, TG Nik Aziz, Zainab Al Ghazali, Haron Din, Ismail Kamus, dan ramai lagi
    Mereka ini semua menyertai politik bukan untuk memburu harta dunia

    Semua 4 khulafa Ar Rasyidin menjadi pemerintah khilafah Islam, mereka hidup serba sederhana (dhaif), mereka dijamin masuk syurga
    Bilamana mereka memegang kuasa, syariat Islam dapat ditegakkan, umat Islam terbela, dakwah Islam disebarluas

    Rasulullah saw memerintah Madinah walhal Baginda saw berasal daripada Madinah
    Orang Madinah yang kuat imannya ini tidak menaikkan isu perkauman atau hak tuan tanah untuk memerintah.

    Sultan atau raja, semuanya hamba Allah swt
    Begitu juga dengan menteri , bangsawan , etc

    Menurut Ustaz Nasrudin Tantawi
    Politik ini bukan pilihan
    Ia satu kewajipan

    Comment by mcbatistuta | February 9, 2009

  5. terima kasih semua….pandangan saya menjadi lebih luas….kontrak juta-juta, rakyat menganggur…

    saya berharap agar pemuda-pemudi seperti anda-anda sekalian yang akan memimpin malaysia suatu hari nnti, barulah terbuka minda anak-anak muda seperti saya…:)

    cuma terfikir, jika ditakdirkan jadi “misi 16 sept PKR”, macam ni jgk ke senarionya? adakah nanti hak suara rakyat dipersoalkan dan minta dipertimbangkan oleh PKR? reformasi jalanan juga ke menjadi pilihan rakyat? errmmm….
    lagi satu kak intan, di GAZA tak de katak si katak lompat kan?

    saya tak sokong mana-mana parti, saya tunggu bakal peneraju kepimpinan msia yang berfikiran seperti anda semua….
    peace no war…:)

    Comment by santaibroadgate | February 9, 2009

  6. Subhanallah…
    Saya sangat suka artikel ini sebab nampak jujur dan ikhlas. Tahniah..

    di samping gaya bahasa yang ada stail tersendiri..
    teringin nak menyumbang idea, tapi nak minta izin lepas habis exam Rabu ni…boleh ke Cik Santai?

    yippieeee!!

    Comment by Kementerian Penerangan Dunkirk Jaya | February 9, 2009

  7. amboi, duk termangu2 dlm alam maya nih, terjumpa nukilan nih..ingatkan blog politik td…

    neway, dulu sy hak duk bawah org2 cam ali rustam pun pkiaq camni gak cik santai..biarla diorg buat keje diorg, peduli apa kita nih, yang penting anak bini dapat makan kan, anak2 boleh g sekolah…cuba kita fikir hak y x dpt g sekolah, hak xdpt makan dua kali sehari, ingat x dak ka..rmi lg kat luar sana xdpt ape yang kita sering kali rs x cukup..camne lak diorg pikir kan..

    sbb ape jadi camni,..sbb kita dlm zon selesa..kita lahir2 dah cukup segala benda..kalu hak yang kat atas tuh dr kecik lg g sekola dah naik mercedes, ada driver lg kan (sbb anak PM yeh), mmg la susah nak rasa camne hidup susah..sbb x penah rasa..

    nnt kalu balik summer, hak y belajau medic nih, join2 la program2 kemasyrakatan kat msia, buat homestay ke, voluntary work ka, banyak lg la..sy buleh rekomen kalu nak..br kita nampak camne hidup org2 kat akar umbi tuh…

    sy x sokong mana2, tapi saya sokong parti allah..kalu org tuh buat kerja kerana ikhlas, utk rakyat, tiada agenda, dan berpandukan quran sunnah..hak tuhla kena sokong..

    layan video nih.. http://www.youtube.com/watch?v=82H8C8Ik-Ug

    wallahualam..

    alang2 santai, jom p makan gulai.

    Comment by barber dunkirk | February 9, 2009

  8. boleh..boleh wakil kementerian penerangan…silalah belajar…good luck exam!!

    saya berminat nak tahu baik buruk parti bn dan pkr supaya saya boleh pertimbangkan undi saya pada pilihanraya 2013 nnti…bolehkah saya menyandarkan kepercayaan pada pkr, pimpinan Anwar atau akhirnya saya perlu menggunakan formula ibu bapa saya, undi org melayu pada pilihanraya akan datang?

    orang kata saya suka jalan mudah, terus nak solution..tapi bincang lama2 tak de kata putus pon tak best jgk, mcm pg Birm hari tu..lps tiga hari, saya tanya diri sendiri oleh itu, sape yang betul ni??saya faham pimpinan ISLAM diperlukan di Malaysia seperti kata saudara mcbatistuta, pembangunan yang dilakukan oleh BN pula tektik pengaburan mata rakyat bak kata fikir2 yang pada pendapatnya isu rakyat yang patut diselesaikan, walaubagaimana pun die tak menolak kepentingan pembangunan katanya…maka?siapa yang benar mcbatistuta?

    kepada si mahukan kebenaran, entah la..tak tahu kenapa najib beriya sangat…sbb nak tunjuk kan kemampuan die sebagai bakal peneraju BN menggantikan Paklah kot…tak pastilah…saya cuma tertanya-tanya kenapa segelintir orang perak masih nak pertahankan kerajaan pkr walaupun nampak jelas yang pkr mcm tak terurus..dgn kes ketua kampung nya, kes tanah rezab nye…itu yang saya nak tahu sgt apa kah kebaikan pemerintahan pkr di negeri itu sehingga mereka sanggup menolak tepi semua itu dan melontarkan isu mereka dikhianati seperti kata kak intan? mesti ade sesuatu pada pkr yang takde pada bn..Tentang norma manusia, memberontak bila dikhianati saya setuju tapi maaf kak intan, bagi saya menyamakan GAZA dan PERAK terlalu berat lebih2 lagi penggunaan zalim…..sebab saya sgt yakin penyokong kuat PKR tak akan buat demonstrasi jalanan jika ditakdirkan “misi anwar 16 sept” berjaya…..
    entahlah, jauh disudut hati saya, saya dapat rasakan bangsa lain menggelakkan melayu yang tak habis2 bertelingkah pasal rebut kuasa..

    kita lihat lah pilihanraya kecil kawasan bukit gantang nanti, mungkin nanti suara rakyat lebih jelas dan difahami kerajaan..

    saya cuma nak bagi tahu, saya bukan liberal..saya cuma keliru…dan saya sgt menantikan bakal pemerintah msia yang berfikiran seperti anda2 semua supaya nanti perbincangan kita bukan omong-omong kosong tapi realiti..minta maaf sekali lagi…

    peace no war..:)

    p/s:saudara hartono kata mase kat birmighan, nak share “formula aspirasinya”..apakah ianya?

    Comment by santaibroadgate | February 9, 2009

  9. Assalamualaikum,
    Syukur alhamdulillah kerana ditengah2 kehangatan isu perak, adik mencetuskan MAHU pembaca2 utk sama2 berkongsi pendapat, melontarkan idea & sebagainya agar kita sama2 menjadi TAHU & prihatin dengan isu yang melanda kota Perak.

    Izinkan saya mengulas beberapa persoalan yg terlintas di hati adik.

    1) “….tetiba taknak lepaskan jawatan bukan gila kuasa jugak ke? Atau yang tak sabar-sabar mendirikan kerajaan baru lagi gila jawatan? Saya cuma nak tahu, bersungguh nak pertahankan jawatan ni Dato Muhd Nizar ke, Anuar Ibrahim?…”

    Mungkin paradigma kebanyakan rakyat Malaysia mengatakan YB Nizar mempertahankan jawatan MB disebabkan gila kuasa hasil dari pengaruh media massa yang tidak putus2 mendoktrin rangka fikir yang sebegitu. YB Nizar adalah lambang kedaulatan undang-undang. Tindakan beliau mempertahankan jawatan MB perlu dilihat sebagai mempertahankan perlembagaan. Tindakan BN mengambil alih tampuk pimpinan Perak ala2 Machiavelli terang2 salah disisi undang2 kerana menurut peruntukan undang-undang, pertukaran kerajaan negeri boleh berlaku melalui tiga cara:-

    A. Kerajaan yang sedia ada tidak ada upaya dan menarik diri dengan meminta perkenan Sultan.

    B. Melalui ‘undi tidak percaya’ oleh dua per tiga ADUN dalam satu-satu sidang DUN. Jika cara ini akan digunakan umno Barisan Nasional, ini bermakna mereka perlu menunggu sidang DUN PERAK yang dijadual paling awal berlangsung bulan April.

    C. Melalui pembubaran Kerajaan Negeri oleh seseorang Ketua Kerjaaan Negeri (Menteri Besar) dengan mendapat perkenan Sultan; Jika cara ini akan digunakan Umno Barisan Nasional, ini bermakna mereka perlu melalui proses pilihanraya setelah DUN dibubarkan.

    Jika hari ini YB Nizar pasrah meletakkan jawatan & tidak fight for his right mengikut rangka undang2, kita dapat bayangkan apa yg akan jadi pada Malaysia dalam masa beberapa tahun akan datang. Apa jadi kalau minggu ni ADUN z lompat ke BN. Minggu depan Adun z lompat ke PR pula. Minggu depan depan lagi, makin banyak yg melompat. Haru biru negara dibuatnya kalau undang2 macam ni digunakan. Mahkamah pun masih dalam proses utk memutuskan samaada surat perletakan jawatan ADUN PR yg melompat sah atau tidak. Jika ia sah, maka pilihanraya kecil yg sepatutnya diadakan & perlantikan exco kerajaan negeri BN yg baru tidak sah. Jadi, saya berpendapat tindakan YB Nizar mempertahankan jawatannya adalah tindakan mempertahankan undang2 yg termaktub dalam perlembagaan utk kebaikan rakyat Malaysia di masa hadapan.

    2) “….Sungguh tak faham, sila lah sesiapa bukakan penglihatan dan pemahaman saya. Pembangunan ke yang salah? Ke rasuah,isu yang tak akan selesai? Ke hal minyak jugak yang perlu dibincangkan? ”

    Saya berpendapat pemerintahan PR bukan hanya tertumpu kepada isu minyak, isu rasuah, & isu pembangunan semata2. Ia berkait rapat dengan soal menegakkan keadilan di Malaysia lebih-lebih lagi hal-hal yang melibatkan kebajikan rakyat. Sy suggest utk tonton video ni supaya sama2 kita dapat menilai semula pembangunan yang dilakukan kerajaan sekarang selama 50 tahun memerintah:
    Sila tonton sampai habis ye (part 1 – 6)
    http://uk.youtube.com/watch?v=82H8C8Ik-Ug&feature=PlayList&p=A0779C2BEE86FFB1&index=0&playnext=1

    3) “Ilmu saya berkenaan politik tak banyak. Tapi saya betul-betul berharap, PAS dan UMNO akan bersatu (bukan PKR, mahupun DAP, MIC atau MCA)..Pak Syed( fasi kat Birm) kata UMNO nak perjuangkan melayu, El kata melayu kan ISLAM kenapa susah sangat nak bersatu ngn PAS…..”

    Tragedi 13 Mei memberikan impak yang sangat2 besar kepada landskap politik negara. PAS kemudiannya memilih utk bersatu dengan Perikatan/BN walaupun Pas sedar BN tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Keputusan ini adalah keputusan yang sangat2 berat. Tetapi, perpaduan nasional lebih penting & utama pada waktu tersebut lebih2 lagi setelah darurat diisytiharkan. Semasa Pas berada dalam BN, byk perubahan dilakukan. Antaranya azan di TV yg kekal sehingga sekarang & penghapusan penyediaan arak semasa majlis2 formal kerajaan. Namun, pada tahun 1977 (maaf untuk memberitahu hal ini), apabila Umno berasa cukup selesa, Pas ditendang keluar dari BN & terus diadakan pilihan raya dalam keadaan Pas yang tidak stabil, kelantan diisytiharkan darurat & masyarakat hilang kepercayaan pada PAs. Pas kemudiannya hilang Kelantan pada ketika itu & Ini adalah sejarah yg sangat2 diingati oleh pemimpin Pas setelah keputusan PRU 12 baru-baru ini. Jadi, just nak memaklumkan bahawa usaha utk bersatu pernah berlaku pada masa dahulu tetapi disebabkan dasar perjuangan yang tidak sama, hasilnya pn tidak sama.

    Maaf jika ada terkasar bahasa juga.

    my 2 cents

    Comment by Putera | February 9, 2009

  10. waaaaaaaaa,terima kasih putera!!!
    sangat membina ulasan anda…
    saya dah tontan sampai yang kedua…
    makcik aminah tu comel..he3…taklah terperanjat sgt sebenarnya, masa kat kmb selalu je g tempat2 mcm tu..lagi-lagi mmg di tempatkan kat sekolah orang asli utk CAS, yang serba kurang fasilitinya lebih menyedihakn kena belajar dalam bahasa inggeris (ini isu lain)…maknanya, lebih kurang rakyat nak pemerintah baru sebab letih ngn kerenah demokrasi, kroni mengkroni dan janji yang hanya masa pilihanrya…hu3..nenek saya pernah bagitahu,masa pilihanray 98, dia dapat kain batik ngn sejumlah wang dari parti tuuut, tapi die yang rock tak undi pon parti tu…:)

    jika PKR pegang tak pasti lah sume ini dapat dibanteras,
    tapi iA bawah pimpinan TG Nik Aziz, saya boleh letak kepercayaan….eerm, jika benar itu yang terjadi pada tahun 1977, saya pun akan berfikir 100 kali sebelum bersatu ngn BN jika saya dipihak PAS sekarang…
    terima kasih sekali lagi dengan fakta2 dan informasi anda!!

    cik barber,
    boleh la rekemen kan mana-mana program supaya saya dapat melihat masyarakat dari akar umbi…

    Comment by santaibroadgate | February 9, 2009

  11. Assalamualaikum,
    terima kasih atas komen adik.

    Berkenaan persoalan adik:
    “..saya berminat nak tahu baik buruk parti bn dan pkr supaya saya boleh pertimbangkan undi saya pada pilihanraya 2013 nnti…bolehkah saya menyandarkan kepercayaan pada pkr, pimpinan Anwar atau akhirnya saya perlu menggunakan formula ibu bapa saya, undi org melayu pada pilihanraya akan datang?..”

    Adik boleh rujuk artikel berikut. Semoga sedikit sebanyak membantu adik dalam membuat pilihan.
    http://saifulislam.com/?p=1502

    Comment by Putera | February 9, 2009

  12. hari ni tekanan kepada sesiapa yg tak setuju dengan UMNO kuat

    akhbar yang kutuk UMNO, dirampas dan dihalang jualan.
    orang komen sikit, tangkap masuk ISA (jangan memain, derita kena dalam ISA ni…)
    bapa pro pembangkang, anak tak dapat biasiswa
    pro pembangkang, tak dapat naik pangkat, gaji tak naik
    akhbar dan media pro kerajaan, berleluasa sebar fitnah dan berita berat sebelah
    tanah rakyat dirampas.
    orang cina disisihkan dan jadi bangsa kelas kedua. Alasan: DEB, padahal duit banyak2 masuk poket sendiri.

    and the list go on and on.
    Sedih kerana mereka yang buat ini sebangsa…

    Comment by pemerhati | February 10, 2009

  13. salam nadiah(betol ke aku eja ni?)

    terjumpa nama aku kt sini..

    sori banget..x sempat lagi nk menyusun idea2 “formula aspirasi”..hahaha..

    iA..secepat mungkin..tapi boleh jenguk2 sini dulu utk isu Perak..

    http://www.waubebas.org/node/479

    http://www.waubebas.org/ms/node/478

    Comment by tono | February 17, 2009

  14. salam nadiah(betol ke aku eja ni?)

    p/s:saudara hartono kata mase kat birmighan, nak share “formula aspirasinya”..apakah ianya?

    tgk name aku kt sini..sori sangat2 sebab lame x follow up “formula aspirasi” ni..

    iA..dlm mase terdekat ni akan release..

    sambil2 tu boleh bace ni..isu perak.

    http://www.waubebas.org/ms/node/478

    http://www.waubebas.org/node/479

    Comment by tono | February 17, 2009

  15. apsal aku komen 2 kali ni..??

    Comment by tono | February 17, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: