santai-broadgate

BIAR SANTAI,ASAL BERILMIAH

Santai BG beraksi kembali!!

ZDRAVEI~

I’m done with my courseworks and tests…Maka,sukacitanya saya mengupdate blog ini seperti yang telah dijanjikan..

Alhamdulillah,pada 5 Disember 2008 yang lepas,ahli-ahli Parlimen Dun Beeston bersidang sekali lagi untuk membincangkan hal-hal umat sejagat.Persidangan kali lebih meriah dengan kehadiran seorang lagi wakil rakyat baru,yakni saudari Amira Zahari yang baru sahaja memenangi salah satu top post untuk Malaysian Night.Semoga saudari Amira berjaya menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaik mungkin,mampu menerima teguran dan kritikan dari rakyat marhaen seperti kami dan menjadi contoh pemimpin yang baik kepada rakyat Nottinghamshire secara amnya(skema plzzz,haha!)

Perjumpaan Santai Broadgate kali ini memang rileks dan sempoi seperti sediakala..but I thought I want to make a lil bit different this time by discussing a current issue that happens in Malaysia.Tajuknya mungkin menimbulkan sedikit kontroversi,namun ia bukanlah menjadi penyebab untuk kita tidak berdiskusi mengenai tajuk ini secara rasional dan matang.Ececeh~


 

MOGOK BOGEL.SATU REFORMASI MINDA?

Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) mengancam untuk berbogel di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan Exco bagi mendesak kerajaan negeri agar tidak membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat sepertimenaikkan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250 sebulan yang didakwa membebankan penyewanya yang kebanyakannya berpendapatan RM500 sebulan.
Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar dipetik oleh akhbar Sinar Harian sebagai berkata:”Kami sebagai rakyat merasakan tidak lagi berpeluang untuk berubah di bawah pentadbiran Khalid (Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim).

“Untuk menegur beliau, Reformis akan melancarkan mogok bogel sebagai jalan terakhir untuk memberikan kesedaran agar PR (Pakatan Rakyat) terus kekal di hati rakyat Selangor.”

Bincangkan.

 

 

Untuk aktiviti yang pertama ini,ahli Santai Broadgate diberi keratan artikel seperti yang tertera di atas,kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama  yang dianggotai oleh Hana,Fatirul,Izreena,dan Wani berada di sebelah pencadang yang menyokong akan tindakan mogok bogel tersebut sebagai suatu langkah yang wajar untuk dijalankan bagi menegur pihak terbabit.Manakala kumpulan kedua terdiri daripada El,Mira dan Nedhu berada di pihak pembangkang dan berpegang kepada pendirian untuk tidak menyokong tajuk yang diberikan.

Mungkin ada yang blurr,tidak tahu menahu tentang isu ini di Malaysia.Apetah lagi ianya disuarakan oleh orang Islam sendiri.Mungkin juga ada yang tensen,kerana terpaksa berada di pihak pencadang,menyokong tindakan mogok tersebut walaupun di dalam hati meronta-ronta membangkang tindakan itu.(Haha,minta maaf la yer:P ).Well,you guys have done a great job,namun begitu,mari kita berhenti sejenak dan bermuhasabah kembali akan pengajaran yang boleh diambil melalui aktiviti ini.

Personally,saya merasakan bahawa hak untuk memperjuangkan hak rakyat adalah suatu perkara yang perlu dipandang positif dan wajar diberi penghormatan.Namun apa yang lebih penting  adalah bagaimana seseorang pejuang itu melunasi perjuangannya melalui tindakannya sebagai seorang mukmin,yakni as someone tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak dan melanggar batas-atas ugama.Mempunyai matlamat yang baik dan jelas,tidak bermaksud anda bebas untuk melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut.Dipendekkan cerita,niat dan matlamat yang murni tidak sama sekali menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu objektif.Ye dok??

Mengambil kata-kata Dr MAZA ,bekas mufti Perlis yang disegani ramai:

Islam tidak mengiktiraf cara Robin Hood yang merompak dengan tujuan untuk bersedekah. Dalam soal politik, ekonomi, ibadah khusus dan selainnya, prinsip Islam adalah sama iaitu matlamat tidak menghalalkan cara.

Boleh teruskan bacaan di sini ye..

Setelah tamat persidangan,kami meneruskan aktiviti kami dengan menonton movie secara berjemaah.Awalnya,kami menonton DVD The Village yang tahap kengeriannya/keseramannya langsung tidak boleh dibandingkan  dengan siri Kekasihku Seru(ampehhs betoi).Di pertengahan cerita The Village,sudah ramai ahli Santai Broadgate yang kepenatan,terasa mata ini seolah-olah di gam,dan akhirnya syahid terlebih dahulu.Namun begitu,masih ada yang bersemangat mahu meneruskan tontonan movie lagi.Mahu menonton filem The Gladiator pulak daa.Haduihhh..tatau nak cakap  hangpa ni normal ke tak,haha.Tapi bagusla,dari sudut semangat ‘mahu’ yang tinggi itu..keskes!Oh yer,credit untuk rakan-rakan MSM kerana meminjamkan kami projektor.Terima kasih daun keladi korang,lain kali boleh pinjam lagi yer,hehehe~

The Gladiator

The Gladiator

Keesokan paginya,setelah usai tidur berhimpit-himpit secara berjemaah di bilik El@The Happy Moo,kami dihidangkan pula dengan mee goreng yang dimasak dengan penuh cinta dan kasih sayang oleh El untuk breakfast.Tak cukup dengan itu,saya  mendapat khidmat manicure percuma dari Hana.(Perghhh,child exploitation here!).Lain kali bolehla buat pakej manicure,pedicure dan massaging skali ye  korang,haha!:D Sukanya hatiku..Anyway,tidur berjemaah memang bes!Sungguh sopan dan tertib sekali gaya tidur adik-adikku ini,alhamdulillah~Telah ku abadikan  jua gambar-gambar loklak mereka dalam kameraku untuk kenangan kita bersama,lalala~

InshaAllah,pada cuti musim sejuk ini,ramai yang akan berkelana ; berjalan-jalan sambil menghadiri perhimpunan dan program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti Program PUISI,PMS,dan FUIYO.Oleh itu,saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan sekalian,khususnya buat adik,kakak-kakak dan makcik di daerah Broadgate.Moga percutian anda produktif di isi dengan program dan pengisian yang bermanfaat.And… jangan lupa untuk menjaga diri masing-masing,dan membuat persiapan awal untuk peperiksaan yang bakal menjelang pada bulan Januari tahun hadapan.

Adios~

Satu lagi rahsia Santai BG berjaya dibongkar,hehe~

Satu lagi rahsia Santai BG berjaya dibongkar,hehe~

Regards;

Intan Nadia Taib (yang baeeks)

 

Advertisements

December 14, 2008 - Posted by | islamiah

9 Comments »

  1. “Satu lagi rahsia Santai BG berjaya dibongkar,hehe~”

    Oho..penemuan yang menarik!hmmmmm… adakah ini sedutan filem Bobby yang dibintangi Rishi Kapoor, Dimple Kapadia, Prem Nath (sekadar menyebut watak utama) yang pernah popular dengan lagu Muje Kutke Nahei?

    Comment by anak murid baik | December 14, 2008

  2. mengenai isu atas ni, rasanya boleh baca buku Islam and Democracy.

    Apa beza democracy dan Islam?
    Apa persamaan islam dan democracy?
    Is democracy Islamic?

    Ini persoalan yang terjawab dalam buku ni..it’s really an eye opener.

    Comment by Joseph Mikael | December 14, 2008

  3. tahniah kak intan atas pengupdatean anda!!
    kiranya usrah terakhir 2008 la ni kan…:)

    anak murid baik: minat bollywood ka??hanya mereka yang menggemari bollywood tahu nama2 tersebut…ada geng la yb kita nampaknya…

    joseph mikael: byk betul buku yang telah dibaca….bagus2..

    Comment by nadiahrazak | December 15, 2008

  4. tahniah kak intan atas pengupdatean terbaru anda!!
    BRAVO=D

    haha,anak murid baik..very impressive!!sy pon xtaw bbrpa nama di atas..huhu,mgkn sbb x lahir lagi kot waktu tu..hehe~

    p/s:rasanya filem bobby kot..kak intan,tlg konfemkan,adakah ini sedutan filem bobby??

    Comment by izreenaismail | December 15, 2008

  5. erhhh..

    mintak maafla yer,sy pun tak pasti ini sedutan dari cerita mana.for sure,cerita ni cerita lama yang sangat popular, sbb akak familiar dengan melodi lagu tersebut.Namun begitu,tarian antara hero dan heroinnya cukup melemahkan jantungku kerana mengandungi kadar vibrating yang sangat tinggi..huhu!kalah aerobik izreena agaknya..

    anak murid baik:saya mengagumi kebolehan anda dalam mengecam pelakon-pelakon ini

    joseph mikael:buku islam and democracy tu tulisan siapa?

    nadiahrazak:huuuu,usrah Santai BG beramai-ramai,kira yang ni last la untuk tahun ini,sob sob..selamat mengemas dan berjalan-jalan di Ireland.jumpa kat puisi pulak nedhu ye..

    izreena:betul-betul tak tahu atau pura-pura tak tahu ni??:P

    ps:baru lepas buat koswok ni,gaya tulisan memang akan jadi formal and skema sket..hehehe~

    Comment by santaibroadgate | December 15, 2008

  6. oh kak intan ku syg…perluka kamu letak gmbar terakhir itu? haha. abih bocor rahsia santai broadgate. nk kena banned kamera kak intan dari masuk usrah nih. apatah lagi dgn kecenderungan kak intan menangkap gmbar2 loklak mereka2 yg sedang mamai baru bgn tido (ada yg menyanyi lagi tuh tgh mamai) hahaha.
    wahh..penemuan terbaru…daus tgk hindustan juga..menarik2..

    Comment by budakbroadgate | December 15, 2008

  7. hek elleh, nak tunjuk hang kenai pelakon bollywood la tuh…heh, jgn smpi ada hak nyanyi mujsi dosti karoge lak kang, terlioq hang dengaq kang..hah…hak nedhu tuh nama dah bollywood dah kan, apa lg, taram la satu lagu, pakat p layan rmi2… nway, selamat bercuti noh utk dak2 broadgate, jgn leka cuti2 nih, tgk movie tgk gak, jgn duk loklak sgt…heh…adios

    Comment by el nino | December 15, 2008

  8. budakbroadgate:janganlah di ‘ban’ kan kameraku itu..dia dah banyak berjasa mengambil gambar-gambar cun korang bukan??dan siapakah pula yang menyanyi time mamai tu yer??lagu hindustan jugak ke?ke nasyid??hahaha~(berpura-pura tidak tahu)

    korang…korang~ hahaha..

    el nino:amboi2,hangpa pun cam tau2 je pasal hindustan ni…siap lagu mujsi dosti karoge gitu..

    Comment by intan nadia | December 15, 2008

  9. “izreena:betul-betul tak tahu atau pura-pura tak tahu ni??:P”

    erk,sy taw rishi ngan dimple tp prem nath x familiar sgt sbb dia jrg jd pelakon utama kot..hehe

    elnino:mujhse ye bkn mujsi.neway,hepi holiday and hepi studying jgk buat rakyat2 taman dunkirk jaya sekalian~

    budakbroadgate:bila masa plak mamai nih(hehe..sy xde kt tpt kejadian~

    Comment by izreenaismail | December 15, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: