santai-broadgate

BIAR SANTAI,ASAL BERILMIAH

knock..knock..

I knock on the door

You welcomed me,

I cried and I cried some more,

And then I was free.

 

There was once a shadow

Covered behind a veil

Wherever I go, be sure it will follow

My fear is that one day it’ll be revealed.

 

As I talk and You listen

The shadow slowly vanished

Thankful I was for the lifting of the burden

I’ll always remember You, then, I promised.

 

Then time, wealth and health were given

When I have some, I wanted more

Not realising that I have forgotten

I am drifting away, somewhere very far.

 

Along came the shadow, darker than ever

Seeping through the veil, I’m covered with darkness

Where once I thought no one was greater

Now I stood in the dark, hopeless.

 

I’m back behind Your door

Will You welcome me or just ignore?

 

The past can be the future when one is not careful with the present.

santaibroadgate – our journey on the path of professional muslims –

December 21, 2008 Posted by | Uncategorized | 5 Comments

~kisah yang terhenti~

 

Satu kisah

tak bisa tamat

hanya dengan meletak noktah

kerna kata-kata

tak pernah habis mengungkap

kerna frasa

tak akan puas menyingkap

jadi mana akhirnya?

bila huruf,

tak lagi melakarkan makna

Bila hati ,

hilang suaranya

bila harapan,

pergi tanpa bertaut

bila manusia,

 alpa dari Rabb-Nya.

 

 

December 18, 2008 Posted by | Uncategorized | 8 Comments

Santai BG beraksi kembali!!

ZDRAVEI~

I’m done with my courseworks and tests…Maka,sukacitanya saya mengupdate blog ini seperti yang telah dijanjikan..

Alhamdulillah,pada 5 Disember 2008 yang lepas,ahli-ahli Parlimen Dun Beeston bersidang sekali lagi untuk membincangkan hal-hal umat sejagat.Persidangan kali lebih meriah dengan kehadiran seorang lagi wakil rakyat baru,yakni saudari Amira Zahari yang baru sahaja memenangi salah satu top post untuk Malaysian Night.Semoga saudari Amira berjaya menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaik mungkin,mampu menerima teguran dan kritikan dari rakyat marhaen seperti kami dan menjadi contoh pemimpin yang baik kepada rakyat Nottinghamshire secara amnya(skema plzzz,haha!)

Perjumpaan Santai Broadgate kali ini memang rileks dan sempoi seperti sediakala..but I thought I want to make a lil bit different this time by discussing a current issue that happens in Malaysia.Tajuknya mungkin menimbulkan sedikit kontroversi,namun ia bukanlah menjadi penyebab untuk kita tidak berdiskusi mengenai tajuk ini secara rasional dan matang.Ececeh~


 

MOGOK BOGEL.SATU REFORMASI MINDA?

Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) mengancam untuk berbogel di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan Exco bagi mendesak kerajaan negeri agar tidak membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat sepertimenaikkan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250 sebulan yang didakwa membebankan penyewanya yang kebanyakannya berpendapatan RM500 sebulan.
Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar dipetik oleh akhbar Sinar Harian sebagai berkata:”Kami sebagai rakyat merasakan tidak lagi berpeluang untuk berubah di bawah pentadbiran Khalid (Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim).

“Untuk menegur beliau, Reformis akan melancarkan mogok bogel sebagai jalan terakhir untuk memberikan kesedaran agar PR (Pakatan Rakyat) terus kekal di hati rakyat Selangor.”

Bincangkan.

 

 

Untuk aktiviti yang pertama ini,ahli Santai Broadgate diberi keratan artikel seperti yang tertera di atas,kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama  yang dianggotai oleh Hana,Fatirul,Izreena,dan Wani berada di sebelah pencadang yang menyokong akan tindakan mogok bogel tersebut sebagai suatu langkah yang wajar untuk dijalankan bagi menegur pihak terbabit.Manakala kumpulan kedua terdiri daripada El,Mira dan Nedhu berada di pihak pembangkang dan berpegang kepada pendirian untuk tidak menyokong tajuk yang diberikan.

Mungkin ada yang blurr,tidak tahu menahu tentang isu ini di Malaysia.Apetah lagi ianya disuarakan oleh orang Islam sendiri.Mungkin juga ada yang tensen,kerana terpaksa berada di pihak pencadang,menyokong tindakan mogok tersebut walaupun di dalam hati meronta-ronta membangkang tindakan itu.(Haha,minta maaf la yer:P ).Well,you guys have done a great job,namun begitu,mari kita berhenti sejenak dan bermuhasabah kembali akan pengajaran yang boleh diambil melalui aktiviti ini.

Personally,saya merasakan bahawa hak untuk memperjuangkan hak rakyat adalah suatu perkara yang perlu dipandang positif dan wajar diberi penghormatan.Namun apa yang lebih penting  adalah bagaimana seseorang pejuang itu melunasi perjuangannya melalui tindakannya sebagai seorang mukmin,yakni as someone tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak dan melanggar batas-atas ugama.Mempunyai matlamat yang baik dan jelas,tidak bermaksud anda bebas untuk melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut.Dipendekkan cerita,niat dan matlamat yang murni tidak sama sekali menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu objektif.Ye dok??

Mengambil kata-kata Dr MAZA ,bekas mufti Perlis yang disegani ramai:

Islam tidak mengiktiraf cara Robin Hood yang merompak dengan tujuan untuk bersedekah. Dalam soal politik, ekonomi, ibadah khusus dan selainnya, prinsip Islam adalah sama iaitu matlamat tidak menghalalkan cara.

Boleh teruskan bacaan di sini ye..

Setelah tamat persidangan,kami meneruskan aktiviti kami dengan menonton movie secara berjemaah.Awalnya,kami menonton DVD The Village yang tahap kengeriannya/keseramannya langsung tidak boleh dibandingkan  dengan siri Kekasihku Seru(ampehhs betoi).Di pertengahan cerita The Village,sudah ramai ahli Santai Broadgate yang kepenatan,terasa mata ini seolah-olah di gam,dan akhirnya syahid terlebih dahulu.Namun begitu,masih ada yang bersemangat mahu meneruskan tontonan movie lagi.Mahu menonton filem The Gladiator pulak daa.Haduihhh..tatau nak cakap  hangpa ni normal ke tak,haha.Tapi bagusla,dari sudut semangat ‘mahu’ yang tinggi itu..keskes!Oh yer,credit untuk rakan-rakan MSM kerana meminjamkan kami projektor.Terima kasih daun keladi korang,lain kali boleh pinjam lagi yer,hehehe~

The Gladiator

The Gladiator

Keesokan paginya,setelah usai tidur berhimpit-himpit secara berjemaah di bilik El@The Happy Moo,kami dihidangkan pula dengan mee goreng yang dimasak dengan penuh cinta dan kasih sayang oleh El untuk breakfast.Tak cukup dengan itu,saya  mendapat khidmat manicure percuma dari Hana.(Perghhh,child exploitation here!).Lain kali bolehla buat pakej manicure,pedicure dan massaging skali ye  korang,haha!:D Sukanya hatiku..Anyway,tidur berjemaah memang bes!Sungguh sopan dan tertib sekali gaya tidur adik-adikku ini,alhamdulillah~Telah ku abadikan  jua gambar-gambar loklak mereka dalam kameraku untuk kenangan kita bersama,lalala~

InshaAllah,pada cuti musim sejuk ini,ramai yang akan berkelana ; berjalan-jalan sambil menghadiri perhimpunan dan program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti Program PUISI,PMS,dan FUIYO.Oleh itu,saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan sekalian,khususnya buat adik,kakak-kakak dan makcik di daerah Broadgate.Moga percutian anda produktif di isi dengan program dan pengisian yang bermanfaat.And… jangan lupa untuk menjaga diri masing-masing,dan membuat persiapan awal untuk peperiksaan yang bakal menjelang pada bulan Januari tahun hadapan.

Adios~

Satu lagi rahsia Santai BG berjaya dibongkar,hehe~

Satu lagi rahsia Santai BG berjaya dibongkar,hehe~

Regards;

Intan Nadia Taib (yang baeeks)

 

December 14, 2008 Posted by | islamiah | 9 Comments

Re:warkah utk izreena~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

 

Assalamualaykum wbt.Pertama skali nk panjatkn kesyukuran kat Allah sbb akhirnya tercapai gak hasrat nk tulis entry kt santaibroadgate..my first entry eva!!woh,first tyme dgq pasai blog pon kat kmb(huh,pardon for my kerabunanan IT) Erm,kat kesempatan ni,nk berkongsi cketla bbrpa pengalaman berharga,pelik,menarik,best,memalukan etc..yg dpt sy kutip sepanjang mggu kempen dan pilihanraya NUS aritu.

 

Camna leh nak masuk NUS nih??

 

 First tyme dgq NUS nih waktu makan2 deepavali NMS (ages ago indeed).Waktu tu kday yg memperkenalkn kt sy psl mende NUS nih.Dia ckap bro daus suh dia masuk and sy pon juz ckp..”owh,sounds interesting” tp dlm hati,cm x berminat lgsung la hehe..

 

Pastu,waktu FOSIS Palestine aritu,tgh2 dok sembang ngan kak intan,tiba2 bro zamri(pres ISOC) ngan sarah halimah dtg nk ckp ngan sy. They both mentioned about NUS and how they wanted more Muslims from diff backgrounds to get involved. “We’re gonna have a ‘closed’ meeting on Monday.Please come and bring along your friends as well ya.” Sarah Halimah ckp.Btw,Sarah Halimah ni budak neuroscience,she’s the Equal Opportunities Officer kt Student Union.

 

Owh, I was kinda shocked and confused.Coz,diorang ckp kna ada manifestola,election la,kempen la..apekah suma ini??xnak2..tp kak intan plak galakkan suh masuk and she also mentioned to me about bro daus yg dh jd NUS delegate for two years in a row(bravo!!),so I said to myself,”erm,no harm trying.Bila lg nk get involved ngan kempen ngan pilihanraya ni?Atleast the experience itself would be sth to look up to”.And at that very moment,Alhamdulillah I made up my mind to run for IT!! Thanks to Fatirul coz tlg teman sy gi meeting tertutup FOSIS psl NUS aritu. 

 

Bermulala manifesto dan kempen

 

 Even b4 antaq manifesto,hati ni slalu ja cm x sure nk masuk ka x.huh,klu masuk mmgla menarik tp byk masa kna invest and x tentu lg leh menang ka x.Plus, dhla tiba2 NUS election kali ni 38 bertanding(which is the biggest no of candidates eva in any NUS elections in UK!), hanya 18 akan dipilih.So, 20 will be eliminated!! huh,the chance to win is very slim then(the probability in winning is just 47.4%).

 

To be honest,I’m kinda kiasu type of person(I hardly able to face defeat,which is bad really)Erm,ada one tyme tu btul2 nk tarik diri,tp kuasa Allah,tiba2 kak zaff tepon and dia raised up my semangat balik utk bertanding.Thanks kak zaff!Memetik kata2 kak zaff,syaitan nih mmg suka membolak-balikkan hati manusia.And kena ingat niat asal(utk wakili umat Islam kt conference..insha Allah).Kukuatkan hati utk antaq manifesto and at that point,there’s no turning back!By any means, I will still have to run for it,huh!

 

Hari-hari kempen pon bermula. Thanks to bro firdaus rahim yg tlg poskn kt kg notts and YG NMC,really appreciate it.

 

Pastu on Tuesday,I’m deciding to do the lecture shouts!!woh,perlu keberanian yg tggi..nervous sgt waktu tuh,terpikiaq plak cmna la reaction org2 putih tu nti,huh. Tapi,sy kuatkan hati and ckp kt diri,umat Islam kena brani,umat Islam kena menonjol,xleh takut2..we are the best ummah anyway,apa nk takut..pastu,terpikiaq jgk waktu Rasulullah nk sebarkan Islam dlu,mcm2 penghinaan Baginda dpt tp Baginda x penah putus asa or takut nk announce kt org ramai psl Islam,wpun realitinya ramai yg kecam Baginda..huh,Ya Allah,berilah secebis kekuatan kpdku sepertimana yg Kau berikan kpd para anbiya’,ameen..pkl 11 pagi,sy pegi buat lecture shout kt medic 2nd year(not so encouraging,juz a few ppl applausing..masing2 cm x sabaq nk kuaq hall..huh..tabahkan hati izreena)..pastu pkl 2 waktu lecture public health,sy branikan diri nk wat lecture shout to medic 1st year(my own batch)..lebih kurang cm nila speech sy..

 

“Hi,I’m Izreena..blabla ckp psl NUS and manifesto..and the climax was when I said..if you think I’m a strong candidate and if you want to be represented by ur own batch…blabla..you can vote me as ur 1st choice…” pastu, i got a really big round of applause..dgn ada plak org2 sorak2 kt blakang bg sokongan..i’m so overjoyed and Alhamdulillah cm x sangka leh ckp kt depan tuh..

 

 A day after,my Irish friend ckp,”I can’t believe ur so brave to speak in front there..if I were you,I wouldn’t be able to do that..anyway,i’ve voted for you”..hehe,malula plak,thanks Anna!Joe,my grupmate pon even tlg promote my name kat hall dia,I’m so glad yg org2 putih ni pon sggup bg sokongan kt sy.SO NICE=)thanks frens.

 

 Erm,wpun dh promote kt yahoo group,hati still rasa x tenang,rasa cm kena gak pi ketuk umah satu2 kt dunkirk tu nk konfemkn diorang dh vote..realitinya,x suma org bukak emel slalu,so ketuk2 pintu tu maybe membantu,iA.Hari selasa,sy singgah umah kak maryam nk mntk plan dunkirk.Ada sy,nedhu,hana ngan el.kitorang pon bahagila rumah2 utk diketuk..kitorang pegi umah sisters je,nk pi umah brothers cm x manisla plak kn,sbb dh gelap dh waktu 2..Ada la jgk satu jam kt situ.Lace street, greenfield, highfield, beeston road,montpelier road and mcm2 lgla segenap pelosok kt dunkirk kitorang jelajah..dhla sejuk sgt waktu,xtaw nk habaq lagu mana menggigil kitorang waktu promote..thanks frens for being there for me,inila sahabat sebenar,iA=)..

 

Hari teakhir pilihan raya hari jumaat.Erm,flyers cm berlammmmmmmmbak lg.Nak buat lagu mana nih..Pukul 3 petang after lecture(pukul 5 undi ditutup),sy pon pegila round satu uni kecuali jubilee,pi promote kt orang..huhu,malu sgt tp kutebaikan muka gak..jmpa org ja sy ckp..”excuse me,hi i’m izreena,this is my manifesto for NUS..do u know wut NUS is..it’s a blablabla..feel free to read it and you can vote through our uni portal,juz click on election and start voting,thanks!!”..huh,brapa kali dok ulang skrip yg sama setiap kali jmpa orang..bosannnnnn!!!

 

Pkl 4.30 petang sy balik broadgate.erm,end of campaign!!huh,alhamdulillah,i felt relieved,dh usaha so skarang terpulang kpd decision Allah..itula indahnya konsep tawakal dlm Islam..kita usaha sungguh2,doa and yg lain,leave it to Allah..

 

Keputusan pilihan raya

 

Erm,ntah knapa pilihan raya kali ni,sgt lambat kputusannya kluaq.huh,dugaan dan debaran.Mungkin Allah nk sy byk2 lg berdoa kt Dia,byk2 dekatkan diri kepada-Nya..

 

Setelah beberapa hari tggu,hari selasa pkl 5.45 ptg sblom nk pi ceramah “Why are we in debt?”,tiba2 tergerak hati nk jenguk outlook emel..

 

Alangkah berbunganya hati,Alhamdulillah,sy ngan kday menang election.Sy dpt 90 1st choice votes,kelima tertinggi,Alhamdulillah,terima kasih suma yg mengundi..Undian tertinggi dpt kt Pres SU,Nsikan Ndung dlm 143 votes,huh besar pengaruh mamat nih,hehe..

 

Itula bbrapa cebisan pengalaman yg iA akan sy kenang smpi bila2..mgkn klu balik Malaysia,sy x berpeluang pon utk masuk pilihan raya,so ni mgkn d first and d last xperience of pilihan raya kot..there’s so much i’ve treasured within these few weeks of manifesto,campaigning and election..it  helped to raise up my self-confidence really,bukan senang nk promote diri sendiri dpn org huhu and even b4 this,i’ve never imagined myself doing such things..mende paling sy treasure adalah waktu wat lecture shouts,it was a quick decision to do that..sblom ni cm x nak wat tp juz a day b4,i juz decided to do that..hehe,slalu org putih ja ckp kt depan,bila lagi org Malaysia kn..hehe..

 

TERIMA KASIH ALLAH..

TERIMA KASIH MAK,ABAH,TOK,TOK WAN,KAKAK,ADIK2 YG MENDOAKAN SLAMA NI..

TERIMA KASIH SAHABAT2 KU SEKALIAN..

 

December 6, 2008 Posted by | bebas | 41 Comments

sATu riNDu..

Satu Rindu

Album : Semesta Bertasbih
Munsyid : Opick Feat Amanda
http://liriknasyid.com
Hujan kau ingatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu Oh ibu

Alloh izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu oh ibu kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu oh ibu kau ibu
oh ibu oh ibu

Hujan kau ingatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau ibu kau ibu kau ibu

 

SATU RINDU ditujukan kepada hana ali(pencinta kucing yang rindu mak), dan semua yang rindukan ibu masing-masing, hayatilah lirik dan melodi ni…salah satu syndrom nak dkt exam,rindukan ibu…:)….good luck semua..gambate neyh!!!

p/s: kalo nampak sape2 yang emo bila hujan,faham2 la ye..

December 2, 2008 Posted by | bebas | 2 Comments

~cINta bARuku~

 

Terima kasih kak anis,pertemukan saya dengan cinta baru ini…

Maaf cinta lamaku,kau akan tetap menjadi siulanku dan akan ku kenang selamanya..

Selamat datang cinta baruku, OPICK…

Selamat tinggal cinta lamaku, RAIHAN…

 

    Taubat (klik di sini)

    (lagu tema exam semester 1)

     Album : Ya Rahman
     Munsyid : Opick
 

     Wahai Tuhan jauh sudah
     Lelah kaki melangkah
    Aku hilang tanpa arah
     Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

 

p/s: ada banyak lagi lagu Opick yang best2, bak kate kak anis,sumenya pon best…jom,ramai2 jatuh cinta ngn lagu2 Opick!!

December 1, 2008 Posted by | bebas | 9 Comments