santai-broadgate

BIAR SANTAI,ASAL BERILMIAH

~~SeSunggUhnYA~~

Sesungguhnya,

Nak mohon kemaafan pada kak intan…kesian akak,beriya2 mintak kitorg update kan blog yang terbiar sejak sekian lama ini…

Sesungguhya,

Terpanggil nak tulis ni bila baca blog o-Hanna…Rase bersalah sebab sungguh jauh perbezaan antara blog “Santai Broadgate” yang tampil dgn gaya yang begitu santai sekali berbanding dengan blog “O-Hanna Releigh” yang begitu tertib dan bertamadun sekali dgn gambar yang pelbagai…(tahniah2!!)…

Sesungguhnya,

Bukan silap kak intan ye, tapi salah kami yang mungkin malas(secara generalnya,tapi mungkin mak datin tidak, tak gitu tin?he3..) atau menangguh janji??….makanya saya pun mula la menulis..

 

Sesungguhnya,

Bagi saya walau seribu kumpulan nasyid yang menjelma, tak akan satu pun yang dapat menggantikan RAIHAN..(eerm,munawwar kmb boleh dipertimbangkan)..mungkin sebab lirik die yang begitu,simple tapi sangat puitis,menusuk kalbu..juga mungkin sebab suara Nazrey yang tak la sampai mampu menarik not setinggi jac atau aisyah ataupun sesoprana seperti ning…tapi cukupla bila dengar menenangkan,mendayu dan damai, terasa macam berada di dunia lain,diawang-awangan(melampau sangat ke descriptionnya, tapi mmg macam itulah):)..Oleh itu saya nak kongsi satu lagu Raihan yang saya pujila lirik dan lagu nya…mmg terbaik!!Kak Intan, lagu tema broadgate nak?Ada bantahan dari teman-teman?maka, sila la menghayatinya..

Sesungguhnya  (Raihan/Puji-pujian)-klik untuk video

Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu

Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Kucuba menghulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin kerananya isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmad-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu

 

Akak ada cakap,moga2 titisan airmata kita yang mengalir(lepas dengar lagu ini) akan menjadi saksi diakhirat kelak yang kita pernah menangis kerana ALLAH di dunia ini…AMEEN3X…moga2……….bila saya balik dari usrah dan solat hajat tu(solat hajat utk izreena,jgn lupa vote die utk nus!!), saya terfikir mmg betul kita selalu tertanya2 kenapa rase cinta,rase rindu dan takut pada allah tu susah sangat nak hadir…kita doa..doa..doa lagi..nangis, minta jangan ditinggal keseorangan di dunia ini,ya ALLAH temani lah kita disetiap ketika..sebenarnya pada saya hanyalah doa semata2…….yang sebenarnya,usaha saya,ibadat saya,tidak pada tahap yang sama dengan perasaan saya yang sedih dan bimbang tiada perasaan takut,cinta dan rindu pada allah(faham ke?)…ini buatkan saya rase terfikir macam berpura-pura pulak,pura2 bimbang tiada perasaan cinta,rindu dan bimbang pada Allah…..pura-pura ke?..harap2 jgnlah begitu…….utk membuang perasaan yng rasa mcm pura2 tu,saya mencapai satu konklusi yang diilhamkan oleh el ,yakni saya cuba untuk tidak akan menangis lagi kerana saya bimbang saya tiada perasaan2 itu, tapi mengalirnya airmata selepas ini kerana usaha saya mengejar cinta Allah tidak setanding dengan usaha seperti mengutip permata didasar lautan(rujuk lagu diatas)….tak ada guna lah kan kalau nangis tapi tak de usaha kearah itu…

Kata orang, ACTION SPEAKS THE MOST..jadi marilah kita sama2 merancang perjalanan hidup kita…rancan bagaimana mencari cinta allah,supaya hadiah yang kita hulurkan kepada Allah nanti mungkin isinya tidak sesempurna mana(rujuk lagu di atas)  tapi mampu kita khabarkan yang kita sudah lakukan yang terbaik….dan untuk ini saya konklusikan,marilah kita sentiasa ingat agar setiap yang kita lakukan adalah isi kpd hadiah kita kepada Allah,jadi buatlah yang terbaik…baik solat,belajar mahupun ketika memakai kasut(ingat ratib broadgate,pakai kasut baca ape?)

Banyak2 part lagu tu,yang paling menusuk bagi saya yang last..

            “Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
            Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
            Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu”

perasaan kasih dan rindu ni,semmgnya milik Allah….hadiah dan kurnia dari Allah…kita paksa macam mana pon perasaan tu supaya hadirla,hadirlah…tak akan dia hadir kalo Allah tak nak beri…Jadi,konklusinya kita jangan putus asa,jangan terlalu ayik bersedih tapi,usaha,usaha dan berdoalah semoga perasaan itu hadir dalam diri kita…kepada yang pernah ada,atau mmg sedang ada,tahniah kpd anda semua!!!jujurnya memang saya mencemburui anda semua,tapi saya akan bertatih mencarinya..doakan saya..:)…bila kita semua dah ktemu apa yang kita carik ni,barulah kita akan mengsyukuri sesyukurinya nikmat rasa cinta dan rindu Allah itu..dan pada ketik aitu nanti,benarlah ayat last lagu ni..moga ku tahu syukurku adalah milikmu….:)

Akhirnya, ingat ada tiga konklusi ye dari post saya ni…..maaf kalo merapu dan sukar nak difahami(first time ni!!!)….ni untuk kak intan kerana Allah iA,tak sesempurna mana tapi mampulah saya nak kata saya cuba yang terbaik…iA kalau ada kesempatan saya tulis lagi…:)

Advertisements

November 22, 2008 Posted by | islamiah | 16 Comments